Empat hari lagi Singapura akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 43. Aku mungkin akan berada di sana menyaksikan percikan bunga api yang berwarna-warna serta dentuman meriam yang akan menggegarkan suasana. Aku akan menyaksikan kehebatan jet-jet pejuang 'Black Knights' membelah angkasa menghiasi dada langit dengan asap yang berbentuk hati.
Namun pernah aku tertanya pada diriku apakah hati ku ini masih lagi berputik untuk negeri ku yang 'tercinta'. Kalau tiada hatiku di sini mampukah aku menyatakan negeriku yang tercinta.
Jangan salah tafsir akan luahan 2 saat ku tadi kerana setiap orang yang hidup dalam bumi yang tak bersempadan ini akan sesekali tertanya apakah masih ada lagi kalimah ini negeri ku itu negeri mu sedangkan dunia sudah semakin global dan manusia hidup berkerakyatan penghuni bumi bukan lagi penghuni sesebuah negara?
Ramai di antara mereka yang ku panggil sahabat dan saudara kini sudah menyerantau dan ada bukan setakat bekerja atau melancong semata bahkan sudah ada keluarga serta mendapat status menduduk tetap jauh dari kota singa.
Namun kecanggihan teknologi hari ini membuat kami terasa sungguh akrab sekali. Bahkan lebih akrab daripada apabila mereka berada di depan mata. Mereka yang masih bertapak di Singapura seperti aku pula merasakan bilakah masanya giliran kami untuk menyerantau seperti rakan-rakan serta saudara-mara yang lain?
Kembali kita kepada hati. Setelah ku selongkar sedalam dalam mungkin di lubuk hati ini dan juga teman-temanku serta saudara-maraku, ternyata masih lagi ada bibit-bibit cinta pada negara kami yang satu ini. Masih lagi berkumandang degupan 'Majulah Singapura' di lubuk hati kami. Mungkin doa yang kami semua ucapkan setiap hari di bangku sekolah itu akhirnya membuahkan hasilnya kini.
Selamat menyambut kelahiranmu yang ke 43 Singapuraku!

1 comments:
testing one two three....
Post a Comment