THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 7, 2009

Ramadhan 2009

Ah Lan Wah Sah Lan...
Yaa Ramadhan Al_Mubarak
Marhaban Yaa Ramadhan

Sungguh ku tak tahu
Apa yang ku ucap
Arab bunyinya
Pernah ku dengar
Ku ucapkan pula

Sungguh ku tak tahu
Sedalam manakah cintaku pada Ramadhan ku bertanya
Apakah barakah yang terselimut didalamnya?

Sungguh ku tak tahu
Berapa gandakah pahala yang bakal ku terima
Atau pun dosa yang terdahulu ku
Dapat didebitkan dgn pahala yang ku kejar

Namun ku tahu
17 Ramadhan itu Nuzul Al_Quran

Namun ku tahu
10 malam terakhir itu tersembunyi Lailatul Kadar

Namun ku tahu
Ramadhan itu penghulu segala bulan

Di mana aku di bulan Ramadhan...
Di mana aku di bulan Ramadhan...


Astiuri
070909

Wednesday, May 27, 2009

Lelaman oh Lelaman

haa haa haa

biasanya orang mulakan blog dengan mukadimah.. hari ini saya mulakan dengan ketawa berdekah-dekah.. tapi jangan banyak sangat ketawa nanti menangis.. itulah pesan orang tua-tua dahulu...

kembali kepada lelaman oh lelaman.... saya bermula dengan multiply.com..adik ipar yang kenalkan... kemudian diikuti dengan myspace.com...erry putra yang kenalkan... diikuti dengan imeem.com... nak carik lagu lah konon...flikr.com.. al konon nak berkongsi lah 'satu-dua' gambor dalam tu almaklumlah dah lama tak cetak gambor2... kemudian blogspot.com.. aaahh yang ini terpaksa nak ajar pelajar2 di sekolah kalau sendiri tak tahu buat alqadam dot com lah jawabnya...kemudian members lak sibuk 'siti you must sign-up for facebook' ... dah lah mulakan dengan facebook.com... banyak lah pengalaman menarik dengan FB ni itu lain kali boleh ceritalah... hhmmm ingat dah tamat dah... ada lagi .. twiitter lak.. hah itu belum sign-up... tapi Yahoo Messenger dah sign-up .. apa lagi nak bersembang dengan kawan2 di Malaysia lah kan... hmmm cakap pun dah bertelo org Malaysia lemah lembut dan beradap sopan.. tak lah pulak kita cakap orang Singapura tak beradap sopan.. sekadar kita di sini pilih sesingkat singkat perkataan, sesingkat singkat ayat yang kita nak cakap... hhmmm dan baru dua hari lepas nahsuri sign up dengan satu lagi lelaman... ooppss dua lagi... pixton.com dan comeeko.com...

Yang lain mungkin semua dah tahu kegunaannya untuk jaringan sosial... tetapi pixton.com dan comeeko.com ini tentu sekali menarik perhatian pelajar-pelajar kerana mereka boleh mengeksperasikan diri melalui komik ala-ala spiderman... eerr itu pun kalau mereka sabar dgn loading time nyer di sekolah lah...

Topik perbincangan yang diberikan tak lah berat sangat... sebagai permulaan mereka perlu kupas taju 'Kenapa Datang Lambat??'....sejauh ini mereka lebih sibuk bermain dengan fungsi-fungsi pada komik itu.. mereka sibuk memilih karaktor, rambut... kasut... cara karaktor mereka berdiri.. duduk.. lari... sungguh seronok sehingga lupa nak letakkan dialog..

hhhmmm begitu juga dengan comeeko.com... sesiapa yang feeling nak jadik kartunis seakan-akan penulis cerita spiderman ker superman ker... comeeko lebih memberi sentuhan realiti..

esok lusa lelaman apa pula yang akan aku lawati dan daftarkan diri.. hhhhmmmmmm

Friday, March 20, 2009

Kenangan


Masih aku ingat lagi tat kala aku masih kecil.. macam lagu Que Sera Sera..ku tanyakan pada ibuku... "dah besar mak nak adek jadik aper"..dengan selamba ibuku pun menjawab.."asalakan kau jadik orang".. pada ku itu suatu perkara yang terlalu mudah seakan akan mengejek ku ..


satu .. apakah aku belum cukup sifatku sebagai orang lagi..??

kedua ... apakah aku ini bertanyakan soalan yang bodoh kepada ibuku...??


hari ini aku sedar bukan semua orang boleh jadik 'orang' yang dimaksudkan oleh ibuku...

pelikkan bunyinya....


tapi aku tahu bahawa hari ini aku masih dalam proses lagi menjadi 'orang'... mudah untuk ibuku mengucapkan kata-kata itu dan mudah sungguh untuk dieja.. tapi tak mudah untuk dihasilkan...


kalau doktor ... peguam... guru... itu sekadar kerjaya... ini tidak ibuku sekadar ingin aku jadik orang yang dapat menjadi manfaat kepada orang lain ... mempunyai budi pekerti....tanggungjawab... sifat amanah.. hormat menghormati... dan pendek kata segala yang merangkumi nilai keperibadian yang murni...


aku rasa teramat susah untuk menjadi 'orang' yang dimaksudkan oleh ibuku itu.. namun selagi ada lagi hayat di kandung badan aku akan terus mencuba.. dan orang yang pertama sekali harus ku ucapkan terima kasih adalah kepada ibuku yang selama ini mendidikku untuk menjadi 'orang' dalam erti katanya yang seikhlas mungkin...


hari ini bila saja ku teringat kata2 ibuku itu akan ku semaikan dalam diri anak-anak didik ku..

dengan menjadi 'orang' ... anak didikku boleh jadi segala2 nya dan insyaallah selamat dunia akhirat...


astiuri


Tuesday, March 10, 2009

Mel Ayu, Me Layu, Mela Yu




Mel Ayu
Sedap nama you
Naiklah saham you
Nama Inggeris bau Melayu
Namanya Ayu....

Me Layu
kenapa begitu
yang segar jadik layu
yang baku konon beku
me tak layu cuma lidah me kelu

Mela Yu
Anak bangsaku
Bangkit dari lamunanmu
Yang me-layu
Yang Mel Ayu

Satu persatu susun bahasamu
Lapik di lapik
Bicara budi bicara
Sahut seruan tokoh
Tokoh terdahulu

Takkan Melayu Hilang di Dunia
Seru Pahlawan Bangsa Melayu Melaka

Melayu Mudah Lupa
Cabar si Mantan Ketua Tua

Aku Melayu Baku
Laungan Teruna Seni

Aku Melayu
Seperti yang baru lalu
Terpinga-pinga menggaru
Mana perginya bangsaku

Bangsa Melayuku maju kini
Sahut cabaran globalisasi
Kibar panji-panji jati diri
Luaskan sayap taburkan bakti

Takkan nama Melayu mati
Kubur tiada bernisan jati
Melayu terpahat di sanubari
Perjuangkan bahasa penuh budi


Astiuri
100309