THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 20, 2009

Kenangan


Masih aku ingat lagi tat kala aku masih kecil.. macam lagu Que Sera Sera..ku tanyakan pada ibuku... "dah besar mak nak adek jadik aper"..dengan selamba ibuku pun menjawab.."asalakan kau jadik orang".. pada ku itu suatu perkara yang terlalu mudah seakan akan mengejek ku ..


satu .. apakah aku belum cukup sifatku sebagai orang lagi..??

kedua ... apakah aku ini bertanyakan soalan yang bodoh kepada ibuku...??


hari ini aku sedar bukan semua orang boleh jadik 'orang' yang dimaksudkan oleh ibuku...

pelikkan bunyinya....


tapi aku tahu bahawa hari ini aku masih dalam proses lagi menjadi 'orang'... mudah untuk ibuku mengucapkan kata-kata itu dan mudah sungguh untuk dieja.. tapi tak mudah untuk dihasilkan...


kalau doktor ... peguam... guru... itu sekadar kerjaya... ini tidak ibuku sekadar ingin aku jadik orang yang dapat menjadi manfaat kepada orang lain ... mempunyai budi pekerti....tanggungjawab... sifat amanah.. hormat menghormati... dan pendek kata segala yang merangkumi nilai keperibadian yang murni...


aku rasa teramat susah untuk menjadi 'orang' yang dimaksudkan oleh ibuku itu.. namun selagi ada lagi hayat di kandung badan aku akan terus mencuba.. dan orang yang pertama sekali harus ku ucapkan terima kasih adalah kepada ibuku yang selama ini mendidikku untuk menjadi 'orang' dalam erti katanya yang seikhlas mungkin...


hari ini bila saja ku teringat kata2 ibuku itu akan ku semaikan dalam diri anak-anak didik ku..

dengan menjadi 'orang' ... anak didikku boleh jadi segala2 nya dan insyaallah selamat dunia akhirat...


astiuri


0 comments: